Isnin, 22 Ogos 2011

KEMALANGAN JALAN RAYA

Mat Petang semua http://www.emocutez.com .. hihihi .. harap korang semua CERAH dan CERIA ..Tak lama lagi nak raya kan? Tinggal 8 hari jer lagi .. mesti banyak dah PERSIAPAN yang telah dibuat. Aku sejak beberapa hari lalu pun SIBUK membuat persiapan HARI RAYA. Nak kene beli tu dan ini .. kalau tak beli tak sah. Tapi kita semua perlu INGAT .. BERBELANJA bio BIJAK hihi.


Haa sambung balik citer yer .. Hari ni aku nak postkan tentang KEMALANGAN. Haaa kalau hari2 biasa kita sering dengar berlaku KEMALANGAN jalan raya ..  kalau PERAYAAN apatah lagi kan? Hrmmm ..

Minggu lepas (Week 33 Ecehwah) .. http://www.emocutez.com sebanyak 2 KEMALANGAN NGERI di laporan .. dekat AREA yang sama lagi tu .. Lokasi kejadian tidak jauh dari tempat KEDIAMAN aku .. Sedih aku dengar.. Tak sempat mereka BERAYA. Aku pulak jadi GERUN nak memandu balik ke Kampung Halaman aku. Harap2 aku SELAMAT sampai ke KAMPUNG .. begitu jugak dengan korang semua .. AMIN.


Haa dipendekkan citer yer .. meh aku Zasss kan Gambor2 di LOKASI KEJADIAN. 






Kejadian nie berlaku pada 17/08/2011 .. Lokasi di Jelukong, Engkilili ..  Jam 3:05 pagi.

Begini ceritanya .. Kenderaan jenis Toyota Rush yang dinaiki oleh 10 Warga Negara Indonesia bertembung dengan Treler pengangkut Sayur dekat jalan Jelukong, Engkilili .. jam 3:50 pagi. Kenderaan yang dipandu oleh warga Indonesia nie dipercayai  dalam perjalanan pulang dari  Bintulu ke Tebedu, Sarawak. Keadaan jalan yang dipenuhi oleh Kabus membuat pemandu tak nampak kenderaan di hadapan. Dipercayai kenderaan  memotong di selekoh dan bertembung dengan Treler pengangkut Sayur.


9 Orang Warga Indonesia Maut manakala seorang lagi Koma .. manakala Pemandu Treler pulak Cedera Ringan dan Penumpangnya Patah Kaki.

*
*
*

Nie pulak Kejadian pada 20/08/2011 .. Jalan  Sri Aman- Betong .. Jam 7 pagi.



Kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh Saifuddin, 23 (Anggota Polis) bertembung dengan Kenderaan Hilux dari arah bertentangan. Dipercayai kenderaan yang dipandu oleh Saifuddin menuju ke Kuching bagi mengambil ahli keluarga untuk pulang ke Betong. Manakala Kenderaan Hilux dipandu oleh Pemuda Adik-beradik dari Engkilili menuju ke Betong untuk menjual Ketam.


Menurut sumber yang dipercayai .. Punca kemalangan disebabkan oleh kedua2 kenderaan yang dipandu hilang kawalan dan juga keadaan kabus tebal.


Pemandu Saifuddin meninggal  dunia di Hospital Betong manakala Adik-beradik tersebut mengalami cedera ringan dan dirujuk di Hospital Betong.


Hrmmmm ... walaupun kita semua tahu, suatu hari nanti kita akan KEMBALI kepada-NYA. Ianya tidak bermakna kita ALPA dalam menjalani kehidupan seharian kita .. Walaupun orang selalu cakap, BERHATI-HATI kalau nak jadi akan JADI juga, TAPI sekurang-kurangnya kita MENCUBA berhati-hati kan??


Umi nak TEKANKAN disini, Isu keselamatan Jalan Raya kita tidak boleh memandang dengan REMEH kerana setiap hari kita membaca tentang Kematian yang disebabkan oleh KEMALANGAN JALAN RAYA ..


Sempena Hari Raya yang bakal tiba nie .. Harap kita semua akan selamat sampai di DESTINASI yang hendak dituju. Bagi yang memandu pulang ke KAMPUNG .. Biar Lambat asal SELAMAT dan Fokus ketika MEMANDU .. Renung-renungkan .. dan Selamat Beramal .. hihihi

Tata ..Titi .. Brumm brumm .. http://www.emocutez.com



7 comments:

is revered by you berkata... Reply To This Comment

entry yg penuh nasihat lah kali ni..chayok2 umi..

baik2..asya pun akan beringat2..masa nak shupin nnt.. "umi kata kene berbelanja dgn bijak.." ehehe.. so xmo beli satu mall ni k.. sabar2..

umi..napa umi kata semua kemalangan ni dekat ngan kawasan ruma?? umi org swak ke??

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Hihihihi pandai asya ..umi bagi 102% ar... extra 2% hihihihi. wah kalo 1 mall asya nak beli ..umi nak join, mane tau dapat 100% @ free haha. Gurau je hihi.

Aaaa umi org sarawak ..kejadian tu tak jauh dari tempat umi ..tempat tu org memang ckp keras, bnyk da kemalangan berlaku kat situ .. tapi ada jugak diselitkan dengan kecuaian :(. Huhuhu

Tips n Trick berkata... Reply To This Comment

salam pagi :)

Unknown berkata... Reply To This Comment

takut la skrg ni..naik moto pegi keja pon dh rasa kecut..sabtu lepas isteri kwn sy meninggal akibat xcident ..sedih btol la

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Takziah buat keluarga arwah ..umi turut sedih mendengarnya bang khairul. Moga arwah tenang disana dan keluarganya tabah menghadapi dugaan. Amin

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Wslm Tips n Trick .. Terima kasih krn singgah :)

Unknown berkata... Reply To This Comment

berhati2 di jalan raya...