Sabtu, 31 Disember 2016

HAPPY NEW YEAR 2017!!

Hai semuaaaa .. Hari ni dah  31 Disember 2016!!!

Beberapa jam lagi kita akan masuk tahun 2017... 
Cepatnya masa berlalu kan. Bermulanya detik2 permulaan di tahun baru ..

Segala kenangan manis kita simpan dan kenangan pahit kita jadikan ikhtibar untuk menjadikan kita lebih baik dari semalam ... Amin2.

Jangan pernah jemu untuk mencuba dan memperbaiki diri sendiri .. Ecehwahhh umi ni .. Mcm nk tukar profession jadi  pakar kaunseling pulak kan hihi.

Apapun .. Umi nak wish All THE BEST kepada semua kawan2 blog yg tidak jemu menjenguk blog umi ini .. 

Tata titi titu .. Happy new yearrrrr semua!!!!!


Cerita petang tadi
Wantan Sup



Jumaat, 30 Disember 2016

RESIPI COFFEE MARBLE CAKE

Hai semuaaaa .. Harap kawan2 semua chat selalu .. Amin2. Hari ni dah hari  Jumaat hip hip hurayy. Masa untuk berehat seisi keluarga esok .. Umi tk kemana2 .. Umi dinasihatkn oleh doktor untuk banyakkn berehat .. 

Haa seperti yang dijanjikan .. Jum ikut umi zass resipi kek yang super senang.

BAHAN~BAHANNYA
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat
3/4 gula halus
1 cawan mentega/ butter
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk coffee
1 sudu kecil ovelat
Sedikit asen vanilla
3 biji telur

CARA MEMBUATNYA
Pukul butter/ mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan 1 per satu telur. Pukul sampai kembang. Selepas tu masukkan serikaya, susu, ovelet .. Pukul lagi dan last sekali masukkan tepung, baiking power dan asen vanilla.

Bahagikan kepada 2 adunan.. Putih dan hitam(masukkan serbuk coffee). Lepas tu ..Kawan2 ambik 1 senduk utk adunan putih .. Dilapis diatas adunan coffee .. Buat selang seli sampai habis.

Kukus selama sejam .. Nak bakar pun boleh.

Selamat mencuba 😘😘😘.

Coffee marble cake
Mudah 1 2 3




Khamis, 29 Disember 2016

UMI KEMBALI 
Selamat pagi semua ..hampir 6 Bulan umi menyepi selepas blog umi diganggu oleh orang tak bertangungjawab huhu (~_~). Ditambah lagi dengan kerja di office yg sentiasa ada dateline .. tapi tak mengapa, umi memang sukakan kerja hihi.

Haaa dalam masa 6 bulan menghilang ni, banyak cerita .. resepi yang umi nak kongsikan hihi .. Dulu umi senang je nak update blog, kadang2 umi update pakai HP. Tapi sejak hp lama umi pecah ..umi ganti dengan iphone 7 .. macam susah nak upload gambar .. ker umi tak tau cara nak setting hahaha.

Kepada sesiapa yang tau kenapa gambar dari hp umi tak dapat upload ke blog .. boleh share kat umi yer .. sebab tahun depan umi bercuti selama 3 bulan hahaha .. dapat selalu update blog pakai hp... ade la tu (^_^).

Sebelum umi mengundur diri .. meh umi sharekan gambar aktiviti umi sekeluarga sabtu yang lalu (^_^).

*
*
*

Anak burung yang dijumpai di bawah pokok
Diselamatkan oleh En. Abah (^_^)


3 Hari kemudian .. jeng3 membesar bagaikan junior
Dah boleh terbang pulak tu.


Boring-Boring umi buat minum petang.
Coffee Marble Cake
Nanti share resipi a.


Makan je kerja umi ni hihi



Take care semua .. Tata Titi Tutu .. nanti umi zasss blog kawan2 yer...


Khamis, 26 Mei 2016

PRADA CANDY

Assalamualaikum dan selamat petang semuaaaaaaa. Lamanya umi tak singgah membersihkan sawang2 di blog umi ni. Rasanya tebal lagi debu kat blog ni daripada make up umi heee .. Aippp mcm tebal je make up pegi kerja%^&!!??????? huhu ...chak!

Umi bz dengan kerja di opis dan dirumah .. mcm tak cukup je 24 jam ni rasanya .. sampaikan kerja di bawak ke rumah dan juga umi buat OT HUHU ..

Alhamdulilah ..rasanya sebelum hujung tahun ni dah banyak POA (Plan of action) umi makin selesai ..syukur2 dengan kerja keras .. dan berita baiknya .. umi mendapat tempat ke-3 sebagai unit yang aktif peringat sarawak walaupun umur umi di unit ni baru setahun jangung..

Walaubagaimanapun .. masih ada ruang lagi untuk mempertingkatkan diri. Betul tak kawan2 ..jgn cepat melatah dan riak .. hrmm munasabah diri.

Banyak cerita yang umi nak ceritakan .. cuma tak tahu yang mana satu umi nak cerita hihi .. apapun .. sebelum umi nak akhirkan diri .. haa jum ikut umi zass gambar ni ..

Kepada peminat perfume pasti suke baca REVIEW PERFUME kan hihi ..chak!!!!!!!!!!Nantikan entri umi next time ye .. Selamat maju jaya kawan2.

Cantiknya women dlm pica tu
Botol perfume pun best

Jatuh cinta dengan botol ni
Harap baunya besttttt

Jumaat, 18 Mac 2016

SK II PUNYA CERITA

Hai semuaaaa.. apa khabar? Harap semuanya baik2 belaka. Umi chat je .. sekarang ni umi sedang cuti2 Malaysia..

Hihi .. umi ambik cuti 3 hr ..sebabnya nk jmp family jauh balik ke kampung.

Sebelum sampai ke rumah ..jeng3 umi singgah ke Kaunter SK II.

Kesayangan hamba


Dah lama giler umi aim nk g kt cini. Perasan bli online and d kaunter adalah 1 perasaan yg berbeza.

Bli kt kaunter lbh puas hati n seronok. Tapi sygnya .. d tempat umi tak de huhu.

Kt kaunter umi d beri nasihat. Tidak menjadi masalah jika kita nk guna produk lain plus produk SK II .. tapi lbh mujarab jika gunakan produk yg sama itu sendiri.

Bila rasa kulit semakin baik .. umi trskan membeli ...sbg stok sblm barang penjagaan kulit umi ni hbs (^_~).

Haa apapun umi doakan agar kawan2 sentiasa bahgia dlm apa jua yg kawan2 lakukan. Amin .. insyallah. Kejelitaan hak milik semua insan. Amin


Isnin, 14 Mac 2016

SK II

Hai semuaaa .. hrp kawan2 semua chat je . Haaa mcm mana resipi umi hr tu? Ada yg bt tak? Harap semuanya menjadi amin2.

Hari ni umi nk cerita pasal SK II..waaaa ..

Cerita nya bermula begini ..ting ting ting... kawan umi godek2 barang kat lazada ..terus tgok SK II.

SK II basic

My new regime

Umi ingatkan SK II ni tak dpt dimiliki .. rupanya mampu milik ..jika kita beli yg saiz kecik.

Haaa dh msk 3 minggu umi pakai. Hasilnya sgt meyakinkan umi untuk teruskan. Bintik2 ..bekas parut cpt pudar .. baru pkai yg basic .. kalau pkai yg yg lain mst vavaabommm kot hasilnya.

Dekat lazada ada ..dkt instagram ada .. cuma nk lbh yakin bli di lazada atau dikaunter ..

Jom kawan2 kita ber SK II (^_^).

Isnin, 7 Mac 2016

KEK COKLAT CHEESE KUKUS 


Hai semua .. hari ni umi nak share resipi super senang .. gerenti jadi punya .. tak caya cuba la ..

Tapi nak buat ..mesti la dengan penuh kasih syg hihi.


Tadaaa..


BAHAN2NYA
3 Biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 paket cheese tartura
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1/2 gula kisar A
1/2 gula kisar B
Asen vanila
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Baiking powder
1 sudu ovelet
1 sudu tepung gandum
2 sudu air masak.

MULA2
BAHAN A
Bahan basah. Mula2 kawan2 pukul gula .. ovelet dan 2 biji telur sampai kembang .. lepas tu masukan susu ..pukul .. masukan minyak dan asen vanila.

Dalam bekas lain .. masukan tepung .. koko .. baiking powder dan bikabonat. Bahan basah tadi dimasukan dlm bahan kering dan digaul guna senduk kayu.

Lepas tu kawan2 masukan air panas. Bahagikan kpd 2.

BAHAN B.
cheese dan gula dipukul sampai kembang .. masukan telur ..pukul .. masukan 1 sudu tepung dan 2 sudu air.

Kawan2.. bila dh tgok air kukusan mengelegak .. masukan lapisan coklat .. kukus 10 min.. masukan kesemua lapisan cheese .. 10 min dan last sekali lapisan coklat ..kukus 25 min.

Tadaaa ..siap da.  Umi and encik abah siluh berganti bt kek ni selama 3 minggu berturut-turut. Mcm da nk berniaga dah rupanya hihi. Selamat mencuba.
 Kwn2.

Ahad, 6 Mac 2016

UMI MUNCUL LAGI

Hai kawan2 .. lamakan umi tak bersiaran (^_~) .. umi ni bz memanjang .. dengan krj kt opis ..dirumah .. anak2 .. jd blog kesayangan pun terabai .. oh tidakkk ....

Hihi .. maaf kawan2 .. entri yg lepa menimbulkan tanda tanda.. kesian kwn ..terutama sekali uchi kay .. ztie dan abg remy yg risau ke mana kwn blog nye menghilang .. maafkan saya (detektif conan). Trm ksh krn memberi nasihat kpd umi (^_^). Alhamdulillah.

Haaa mcm2 yg umi nk ceritakn dgn kwn2 sepanjang umi menghilangkan diri .. 

Umi harap kwn2 semua chat dan ceria selalu dan segala perancangan berjalan dengan lancar .. amin2

Sehingga bertemu lagi kawan2 .. terima ksh atas segalanya dan terima ksh krn sudi ke blog umi ..clap2!!! (^_^)


Selasa, 16 Februari 2016

KOSONG-KOSONG

Hai semua ..lamakan kita tak bersua ..sejak kebelakangan nie umi bz dgn tugasan di tempat kerja dan dirumah ..

Sejak akhir2 ni .. umi rasa jiwa umi kosong .. entah mengapa umi rasa seperti ada sesuatu yg kurang .. walaupun di rumah dan ditempat kerja sentiasa terdengar gurauan .. gelak ketawa .. tapi jiwa umi tetap umi rasakan kosong ..

Mungkin disebabkan umi asyik sibuk dengan duniawi sehingga lupa tentang dunia yg kekal nanti ..

Mengeluh sekejap ...

Mungkin kerana umi rasakan tiada seorang pun memahami diri umi kecuali Yang Maha Pencipta ..

Merenung di luar jendela ...

Sehingga bertemu lagi kawan2 .. kekosongan diselubungi oleh Misteri ...

Ahad, 31 Januari 2016

RESIPI BUAH KEPAYANG
Hi semuaaaa ... waaaa lamanya umi tak update blog .. bz je memanjang .. hari ni baru de masa hihi ..

Hari ni umi ot.. jd rehat 5 min untuk update blog .. hip hip hurayyyyy!!!

Kawan2 tau tak buah kepayang? Haaa .. ala lagu mabuk kepayang tu. Actually,buah ni kalau tk direndam ..diprocess dgn baik .. barulah mabuk kepayang hihi.


Inilah buah kepayang


Umi selalu tgok org jual buah nie .. 1 hari tu .. kakak pt masak kt pantry .. jadi kakak tu jemput umi rasa ..

Lepas tu .. pop! Wauuuu sedap juga buah ni .. lepas tu .. umi ronde2 pasar tamu .. tak jumpa .. huhu

Haaaa ..nk dibuat cerita .. akhirnyaaaa. Umi jumpa jugak buah ni dijual.

Tadaa .. panjang betol cerita .. ni resipinya.


BAHAN2NYA
2 Gengam buah kepayang dihiris2
2 ulas bawang putih dan merah
Ikan bilis secukup rasa
Cili secukup rasa
Garam secukup rasa

Mula2 kawan2 tumbuk ikan bilis dan bawang ..pas tu tumis .. masukkan buah kepayang. Dah nampak empuk .. kwn2 boleh la letak sayur mcm kecur manis .. sayur kacang atau sayur2 daun yg kawan2 suka.

Mcm umi ..umi suke mkn sayur daun ala2 tauge ... tpi nama sebenarnya Tou Miaw.

Tadaaa


Haa mcm mana? Selamat mencuba semua (^_^)





Ahad, 24 Januari 2016

BIRTHDAY DELYSHA 

Hai semuaaa .. hari ni umi nak menjamu kawan2 tentang kek .. jom ikut umi zass

*
*
Kek Delysha (^_^)

Tak ada topi poly

Fenomena ROBOCAR POLY dikalangan kanak2 .. anak umi pun tak kurang ketinggalan .. siap request nak kek ROBOCAR POLY

Tak pe asalkan dia bahagia .. dulu  anak umi nak kek COC .. fenomena COC dikatakan ... lepas ni dia nk kek apa pulak ye ..  

Moga DELYSHA akan menjadi anak yg soleh .. pintar .. peyayang dan berbakti pada agama .. negara dan bangsa .. amin.

Sehingga bertemu lg kawan2 .. tata ..titi .. nyum nyummm (makan kek)

Sabtu, 23 Januari 2016

SENAMROBIK
Hai semuaaa .. rindu umi tak? Hihi .. amboihh statement tu kan..Umi sejak dua menjak ni bz memanjang .. tu laa jarang update blog hihi.

Haa bercakap pasal senamrobik .. jeng2 ..akhirnya berjalan juga program umi. Umi semalam rasa sedih sebab .. pagi tu cuaca mendung dn hujan .. 

Tapi time waktu petang ...alhamdulillah .. Allah swt memberi cahaya kpd program umi .. jum ikut umi zass

*
*
Tunjuk cikit je
Umi nk bersenam hihi

Tengok senyuman tu

Saguhati dari unit
Umi (^_^)


Nanti kita sembang2 lagi ye .. dh tiba masa utk bt breakfast... yeay yeay.

Take care semua .. chak!




Jumaat, 15 Januari 2016

WORDLESS FRIDAY VS FREE TEMPLATE

Hi semuaaaa ... cube tgok tajuk umi kat atas tu .. haaaa .. pernah dengar tak wordless friday? Hihi .. mesti pernah dengar kn? Dekat mane yer? Tentulah kat blog umi ... memandai je budak seekor ni kan (^_^).

Selalunya wordless Wednesday .. ubah selera pulak hari ni (^_^) .. 

Jom ikut umi zaas ..

Sebenarnya umi nak sharekan dengan kawan2 kat mana nak cari template free (^_^).


(HASIL DOWNLOAD)

Kawan2 bolehlah layari http://vintageprintables.blogspot.my.  Zaman sekarang ni kita cuma perlu click2 dan rajin mencari baru dapat template free .. haa dah ada template free ni macam2 yang dapat DIY kita buat .. Kita boleh buat sebagai kad jemputan .. aturcara dan sebagainya .Nak lebih jimat masa dan duit. Tak perlu kita mengupah orang ..

Tapi kalau nak lebih cantik lagi barulah kita upah yang PRO k (^_^).

Selamat mencuba kawan2.

Khamis, 14 Januari 2016

WISHLIST ZALORA
Hai semuaaa .. lamanya umi tak ke sini .. rasa mcm bertahun kan hihi.

Harap kwn2 blog umi semuanya chat2 belaka .. amin. Umi chat aje ..

Haaa bercerita tentang zalora ..ingat tak tentang wishlist umi? Taaaadaaaa ..dah pun umi beli .. tapi umi hantar balik dan refund.

Dapat minggu lepas

Ingatkan slig bag


Alhamdulillah ..bgs nya service zalora ni .. cepat je umi dpt refund ..

Kreadit yg refund tu .. umi bli kasut sukan dan baju .. sebab ada program senaman .. sebab tu umi bz cikit .. bz atur program ..

Haaa cerita kawan2 hari ape pulak .. harap semuanya cerah dan indah belaka .. amin2 ..

Sehingga bertemu lagi kawan2 .. tata titi .. brummmm brumm

Selasa, 12 Januari 2016

RESIPI PANCAKE
Hi semuaaa .. lamakan umi menghilangkan diri .. umi punye line internet slow sangat .. sebabbbb .. hihi nk hbs da koata internet (^_^).

Ni pun umi update kt opis hihi .. haa tanpa membuang masa jum ikut umi zassss..

BaHAN2NYA
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 1/2 susu cair
4 sudu minyak
1 sudu bikabonat
1 sudu baiking powder

Tadaa


CARA2NYS
Mula2 kawan2 pukul telur sampai kembang .. lepas tu letak kesemua bahan2 di atas.

Pas tu kawan2 panaskn kuali dh senduk 1 adunan dan goreng dlm 5 min ..

Senang .. ringkas dan cepat serta mengeyangkan (^_^).

Selamat mencuba (^_^)

Jumaat, 8 Januari 2016

CHOCOLATE LAVA CAKE
Hi semuaaa .. harap kwn2 semua chat selalu ..umi chat aje .. selepas melalui hari yg mendung semalam .. kini hari ni cerah semula (^_^).

Terima kasih kpd kawan2 blog UHCI MARU KAY dan DIARY ABOUT LIFE yang sudi datang menenangkan fikiran umi. Thank you tau .. (^_^).

Haaa .. hari ni umi nk berkongsi 1 lg resipi yg mudah .. tanpa membuang masa ..meh ikut umi zass ..

Umi guna cawan 
minum coffee

Bila di terbalik kan


BAHAN2NYA
150gm dark chocolate
3 biji telur
80gm salted butter
1 sudu tepung
1 sudu koko
2 sudu gula kastor
Sedikit asen vanila

CARA2NYA
Mula2 kwn panaskan oven suhu 180 darjah celcius. Masakkan air dan bt teknik double boil utk cairkn coklat.

Cairkn coklat dan butter .. ketepikan ..bg sejuk dulu. Pukul telur dgn gula sampai kembang. Masukkn sedikit demi sedikit coklat ..pas tu masukkan tepung,koko dan asen vanila.

Bila dah ciap .. masukkan adunan 3/4 dlm cawan dan bakar 13 min.

Senang .. cepat dan mudah .. selamat mencuba kawan2 (^_^).

Khamis, 7 Januari 2016

INSAN TAK BERTANGUNGJAWAB.

Kepada insan yang telah menyerang blog umi .. Saya harap, encik/puan/cik tolong hentikan perbuatan anda.

Ini blog hasil penulisan saya selama 4 tahun, saya harap anda tidak merampas penulisan saya selama ini.

Memang anda rasa ini semua satu hiburan, akan tetapi fikirlah perbuatan anda ini sangat melampau. Renungkan lah .. hari ini anda buat begini kepada saya .. esok lusa .. hari anda pulak. Di dunia akhirat kelak .. anda jawaplah sendiri.

Sekian, terima kasih. Selamat berbahgia.


Rabu, 6 Januari 2016

FREE VOUCHER ZALORA

Hi semuaaa .. haaaa ..ni hand habaq ni .. sape nak voucher ZALORA free dari umi? .. bolehlah ambik kat sini (^_^)

Ecehwah .. mcm pekerja ZALORA pulak umi.

Umi hari tu ada minta voucher ZALORA  .. umi dapat 2 jadi umi bagi kat kawan 1 dan umi letak kat cini (^_^)

Tadaa ..

Kepada kawan2 yang dah ambik kod voucher .. bolehlah bagi komen kat sini ye .. hari ni hari last untuk guna tau .. cepat2 sebelum terlambat kawan2.

Selamat bershopping di ZALORA (^_^).

Isnin, 4 Januari 2016

WISHLIST ZALORA
Hi semuaaa .. tgah bt ape tu? Haaa umi nampak tau. Korek idong yerrr ... lari jp .. takut kena baling kasut hihi.

Laaa .. jgn laa mrh .. why so serius? Alamak keluar dh sekmen merapu.com umi.

Okeh sambung .. hari ni umi nk cerita tentang wishlist. Umi yakin kwn2 diluar sana pasti ada hasrat masing2 ..

Hasrat ni ada mcm2 jenis .. wishlist kpd sesuatu benda .. impian dan seterusnya .. la la litamplong ..(~_^).

Bagi umi pulak .. wishlist umi ni mcm tk pernah habis .. maybe sehingga umi RIP kot,katanya .. 

Haaa nk tau maksud tu .. Rest i _ p _ _ _ _ .. haa tu singkatan kwn2 umi suke guna hihi.

Haaa ...tapi letak je dlm wishlist. Ditunaikn nanti tak tau laa hihi. Dh ada 2 ank ni .. tumpuan mst lbh ke ank .. 

Hihi ..
zaman sekarang ni.
senang je nk update blog. 
Screenshot je pkai hp hihi

Dulu dan sekarang tak sama .. yg sama nya adalah dr dulu sentiasa gembira. Hargailah apa yg kita ada sebelum kita kehilangan nya ..insyallah .. amin.

Renung-renungkan dan selamat beramal .. (kejap jd shopaholic .. kejap hj chef .. ni dh nk jd ustazah .. mcm2 umi ni kan hihi.