Jumaat, 29 November 2013

JOM ZASS

Mat petang semua ... gah buat pe tu? Wahh dah hari JUMAAT dah ..pasti ramai yang tak sabar nak balik rumah ni hihi .. Umi pun ape kurangnya ..hihi


Hari ni Umi nak ajak kawan2 tengok 1 VIDEO .. sambil menunggu masa nak balik kan .. apa kata kita LAYAN Video ni dulu ..jommm

*
*
*


Hihi ..lawak tak? Renung-renungkan ..dan selamat beramal (^_^).


Pstttttttttt .. Macam mana nak buat Ads kat page ni ye .. hairan Umi tetibe je die ada ..huhu (~_~).. kalau kawan2 tau ..bagi tau Umi ye ..chak!

Rabu, 27 November 2013

COKLAT TRUFFLE IN DA HOUSE


Mat petang semua ..hari nie ..Umi nak SHARE kan dengan kawan RESIPI yang SUPER SENANG .. Yippiee .. Jom ikut Umi zass

*
*
*

Umi lupe nak ambik gambar 
Yang dalam CUP tu Oreo Truffle


BAHAN-BAHANNYA

1 Paket Oreo@Cream O
250 gram Cream Chese
Coklat Masakan (1 Bar pun cukup)
Serbuk Koko@Badam

CARA MEMBUATNYA

Mula-mula kawan2 Oreo@Blend Cream O sampai hancur .. kawan2 boleh guna cara manual juga ..iaitu ketuk@pukul oreo tu bagaikan kawan2 sedang berboxing hek3 ..

Pas dah hancur Oreo tu ..kawan2 campurkan bersama Cream Chese sehingga rata .. Lepas tu kawan2 bolehlah buat bentuk Bulat .. ataupun apa2 bentuk yang kawan2 SUKE ye .. tak ape KALAU TAK comel .. Masuk perut gerenti HANCUSSSSSS ...

Setelah selesai .. kawan2 .. salutkan bola2 comel tu dengan Coklat Masakan yang telah dicairkan (double boiler) .. seterusnya kawan2 boleh lah hiaskan coklat tersebut dengan serbuk KOKO ataupun BADAM.

Bila siap semuanya ..kawan2 masukkan dalam Peti sejuk berapa lama yang kawan2 MAHU .. dan TADAAAAAAAAA .. Ciap dimakan ..

Senang kan? SELAMAT MENCUBA (^_^)

Isnin, 25 November 2013

SALTED CHEESE CAKE


Mat petang semua .. Harap kawan2 semua CHAT dan CERIA selalu .. Amin2 .. Mcm mana dengan hari CUTI hujung minggu nie? Umi pulak mcm biasa SIBUK didapur hihi

Dengan KEHADIRAN Mak Umi dirumah .. ada ruang yang banyak untuk Umi TERKETAK KETONG kat dapur hihi .. NENEK rajin melayan Cucu dikatakan hihi .. sambil melayan sambil mengajar lagu KAP KAP UDANG

Hari ni Umi nak SHARE kan resipi baru Umi .. Jom ikut Umi zass




BAHAN-BAHANNYA

250 gm cream cheese
4 bungkus Biskut Salted Cheese
1 Tin susu Manis
1 Paket Yogurt
Sedikit Nestum

Mula-mula .. kawan2 pukul susu dengan Cream chese sampai sebati .. bukan kembang tau .. lepas tu .. kawan2 susunkan biskut salted chese tu dalam Loyang .. setelah selesai menyusun biskut .. kawan2 letakan 5 sudu adunan cream chese and susu manis atas biskut tu and sapu rata2 .. 

Haaa .. lepas selesai menyapu ..kawan2 taburkan NESTUM secukup rasa (^_^) .. Ulang sampai biskut and adunan habis ye .. kalau boleh kawan2 simpan dalam peti ais sampai 2 hari ..baru senang potong ..

Alahai .. BLOG ni dah jadi BLOG masakan pulak hihi .. Selamat Mencuba (^_^)


Jumaat, 22 November 2013

KUIH JALA

Mat pagi semua!!! Kawan2 semua apa khabar? Harap semuanya CHAT dan Umi doakan segala aktiviti yang hendak dijalankan berjalan dengan LANCAR .. Amin2 ..


Hari nie Umi SHARE kan Video orang buat KUIH JALA .. Kalau petang2 atau malam2 ni .. sambil BERSANTAI ..sambil disajikan dengan KUIH JALA mesti SYOK kan?


Umi secara tak sengaja semalam tertengok VIDEO orang buat KUIH JALA .. Tetibe MENGIDAM laa pulaq ..aippp .. lain bebenor ayat tu ye kan ..


Tadaaa .. nampak SEDAP kan?
Haha .. teruk beno puji diri sendiri  hihi


Bila kerajinan untuk MAKAN menguasai diri
Tat telur pun dibuat juga ..



Meh ikut Uumi zass

*
*



Haa senang kan? kalau tak de acuan KUIH JALA ..Kawan2 guna botol pun dapat .. JANJI buat LOBANG bidasarnya dulu yer ..kalau tak .. sampai TAHUN DEPAN ..Kuih jala tu tak menjadi ..hihi ..


Renung-renungkan ..dan selamat beramal .. (^_^)


Selasa, 19 November 2013

KALAU AKU KAYA


SITUASI 1
Bilik Darjah Tahun 2 Kemboja

Cikgu Murni: 
Okeh murid-murid semua
Keluarkan Pensil dan Kertas kamu
Hari ini cikgu nak kamu semua buat esei  ..

Usop santorian:
Cikgu ..cikgu!!

Cikgu Murni:
Ada apa Usop?

Usop santorian:
Tajuk esei ape cikgu?

Cikgu Murni:
Alahai kamu ni ..
Semangat sungguh ..
Tajuknya .. Jika aku kaya
Baiklah murid-murid ..
Mulakan sekarang

Murid-murid:
Baiklah cikgu!


Tik Tok Tik Tok 
10 minit berlalu ..

Sedang asyik murid-murid tahun 2 kemboja  menulis esei .. kelihatan Usop santorian bersandar di kerusi sambil melipat tangannya .. hingga membuat cikgu Murni nak berang ..


Cikgu Murni:
Hah .. kamu Usop!!
(Sergah cikgu murni)


Usop santorian:
Ada apa cikgu?

Cikgu Murni:
Kenapa tak buat esei?

Usop santorian:
Esei apa cikgu?

Cikgu Murni:
Esei kalau aku kaya ..

Usop santorian:
Saya sedang menunggu setiausaha saya cikgu ..

Cikgu Murni:
@#$!!!!!!


Sekian .. terima kasih hihi ..larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Jumaat, 15 November 2013

BULAT

Salam hari JUMAAT semua!!! .. bersua lagi kita dalam rancangan .. POP KEBABOMM ... hee pagi2 Umi dah MENGARUT kat sini hihi ..

Hari ni Umi nak buat 1 PERSOALAN .. kalau semua HAIWAN kat dunia ini BULAT .. Apa akan jadi? Meh ikut Umi zass

*
*
*
Cute kan? hihi


Hihi .. lucu kan? Renung-renungkan ..dan selamat BERAMAL .. Chak! 

Rabu, 13 November 2013

WORDLESS WEDNESDAY


Mat pagi semua ... Chak!


Pada hari ISNIN yang lepas .. Umi SINGGAH pergi kedai ONE STOP(Kedai ekonomi) ..  Kononnye nak beli SPAN Basuh Pinggan kan dikatakan @#$%^!! .. Alih2 bende lain yang Umi REMBAT hihi ..


Tadaa .. Jom Ikut Umi zass

*
*
*

Comel gak bende ni kan hihi

CIKGU testing tulisan jap hihi ..


Saya budak baru BELAJAR (^_^)




Bagus jugak beli BENDE nie .. dapat jadi CIKGU-CIKGU kat rumah hihi .. Renung-renungkan dan selamat BERAMAL .. Chak!



Isnin, 11 November 2013

MERS-Cov

Mat petang semua ... Harap kawan2 semuanya CHAT belaka ...Umi chat je .. alhamdulilah .. Hari ni Umi nak cerita pasal MERS-CoV .. Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus ..


Apa yang kawan faham tentang MERS-Cov? Setakat ni .. WHO tidak dapat mengenalpasti PUNCA sebenar penyebab penyakit ni .. akan tetapi ..seperti yang kita sedia maklum .. penyakit ni menular di MEKAH .. dan disebabkan oleh VIRUS coronavirus.


Sebelum JEMAAH HAJI pergi ke sana .. taklimat mengenai PENYAKIT ini akan diberi .. JEMAAH HAJI tidak dibenarkan makan makanan yang tidak dimasak .. Air yang tidak masak .. Menyentuh haiwan .. sentiasa menjaga KEBERSIHAN diri(MASK/HAND SANITIZER) serta jika batuk ..batuklah secara ADAB.


JEMAAH HAJI selepas balik dari MEKAH dalam masa 14 hari ..  SAKIT seperti DEMAM .. BATUK .. SUKAR BERNAFAS ..SELSEMA .. CIRIT BIRIT dikehendaki pergi ke Hospital atau Klinik yang berdekatan dengan SEGERA .. dan membawa HEALTH ALERT CARD .. Ahli keluarga mahupun seseorang yang pernah BERDEKATAN yang mempunyai SIMPTOM yang sama hendaklah mendapatkan rawatan.


Kawan-kawan jangan memandang rendah terhadap penyakit ini .. Penyakit ini MERBAHAYA seperti H1N1 ataupun SARS .. Setakat ni di MALAYSIA dah mendapat sebanyak 97 kes suspek .. akan tetapi sebanyak 84 negative .. 13 pending result .. Alhamdulilah ..


Sekarang ni Umi dan rakan2 dari Unit Kawalan Penyakit Berjangkit akan mula bekerja lebih lama lagi untuk hari SABTU n AHAD .. Huhu ..kami sedia menerima arahan ..

Sharing is Caring .. Alhamdulilah ..Renung2 kan dan selamat Beramal ..

Jumaat, 8 November 2013

PRETZEL 

Mat pagi semua .. lama sungguh kita tak bersua kan .. Umi ni menghilang 2 3 hari sebab ada KURSUS dong .. Kawan2 mcm mana pulak? Mst banyak cerita yang Umi dah tertinggal kan?hihi ..tak pe ..jap gi Umi pegi zass

Hari ni ..Umi nak berkongsi dengan kawan2 resipi PRETZEL ..

Pretzel Cinnamon (^_^)




BAHAN-BAHANNYA

3 cawan tepung gandum
1 cawan Air suam
Mentega@Butter dalam adunan
Mentega @Butter dicairkan
Soda bicarbonat
1 sudu Ibu Roti
1 sudu gula
sedikit garam
Kacang Badam@Cinnamon@Gula
Kain bersih


CARA MEMBUATNYA

Mula-mula kawan2 rendamkan ibu roti dalam air suam .. letak gula dan sedikit garam ..tunggu sehingga ibu roti mengembang ye. Dalam masa yang sama, kawan2 gaulkan tepung dengan sedikit mentega .. bagi rasa berlemak sedikit ye.


Lepas ibu roti dah mengembang .. kawan2 gaulkan bersama dengan adunan tadi .. uli adunan sehingga adunan tu tak melekat. Apabila adunan yang dah siap .. kawan2 tutup dengan kain lembab ye .. tunggu sehingga adunan tu mengembang 2 kali ganda (mcm buat DONUT).


Lepas dah mengembang .. kawan2 buat la bentuk PRETZEL .. Lepas 30 minit berlalu .. kawan2 pergi rendam dalam air mendidih (Bubuh soda ye) selama 1 minit ..


Adunan yang dah siap di rendam dalam soda ..dikeringkan dengan KAIN BERSIH .. lepas tu kawan2 sapu dengan mentega@butter yang telah dicairkan dan letak badam@cinnamon ATAU gula.


Bakar sehingga masak .. lain oven lain RAGAMNYA .. Umi selalu bakar dalam suhu 180 celcius selama 30 minit. 

Selamat mencuba ..CHAK!




Isnin, 4 November 2013

AWAL MUHARRAM

Mat petang semua!! Harap kawan2 semua CHAT dan CERIA sentiasa .. Umi sekeluarga CHAT2 je .. 


Seperti yang kita semua sedia maklum .. ESOK hari CUTI ..Yay ..yayyyyyyyyy!! .. sebut je cuti .. SUKE sakan kawan @#!$$%% .. Dan yang paling PENTING sekali adalah .. Esok merupakan AWAL MUHARAM atau juga dikenali sebagai MAAL HIJRAH .. Tahun BARU dalam kalender ISLAM ..





Jadi .. selepas ASAR petang nanti .. bermulalah Tahun baru kita .. bersama-samalah kita memperbaiki DIRI kita menjadi yang lebih baik serta meminta KEBERKATAN dari-NYA .. Insyallah .. Amin (^_^)


Dalam kesempatan ini ..Umi ingin meminta MAAF sekiranya ada TERKASAR BAHASA ..  sehingga menyingung perasaan kawan2 .. Dalam dunia BERBLOG nie ... kadang2 kita AHSYIK menulis .. kadang2 kala kita ada menyingung perasaan pembaca ..


Jadi harap kawan2 MEMAAFKAN Umi .. Renung-renungkan dan selamat bermal .. Chak!(^_^)