Khamis, 31 Oktober 2013

TEGAR

Sedang asyik memandu pulang ke rumah .. kedengaran lagu TEGAR berkumandang di radio ..


Fikiranku melayang-layang mengenangkan seseorang yang ku kenali .. seseorang yang amat PENTING dalam HIDUPKU .. Tanpa beliau .. aku tak mungkin berada didunia ni .. seseorang yang diberi nama  .. BAPA ..





BAPA ku berasal dari keluarga yang SUSAH .. sepeninggalan ORANG TUA nya menambahkan lagi KESULITAN dalam kehidupannya .. demi mendapatkan PELAJARAN .. Beliau terpaksa berjalan  kali sepanjang 5km ke SEKOLAH .. tiada WANG .. Yang ada hanyalah nasi dan sayur ubi yang dimasak dipagi hari .. 


Sejurus balik dari sekolah .. Beliau terus menjalankan tangungjawab yang diarahkan seperti mengemas rumah .. memasak dan menjaga anak kecil pakciknya .. kerana pada waktu itu .. HIDUPNYA hanya MENUMPANG sahaja ..


Setelah menjalani KEHIDUPAN yang penuh dengan ONAK DURI .. BAPA ku boleh dikatakan seorang yang BERJAYA .. BERJAYA dalam KERJAYA malah BERJAYA memberi PENDIDIKAN kepada anak-anaknya .. Memberi KEMUDAHAN serta PERBELANJAAN .. Tapi kerana asyik berkerja ..kadang kala .. tiada masa bersama keluarga ..


Tapi itu tak MENGAPA .. selepas diriku bergelar seorang IBU .. Kini ku mengerti PERGORBANAN seorang BAPA .. dan daku lebih MEMAHAMI serta lebih MENSANJUNGI beliau  .. 


Baru ku mengerti .. kenapa BAPA ku meyukai lagu TEGAR .....







Selasa, 29 Oktober 2013

FASHIONIESTA DELYSHA

Mat pagi semua .. lama kita tak bersua kan? Harap kawan2 semua CHAT aje .. Umi sekeluarga pun CHAT (^_^). 


Hari ni Umi nak kasi tunjuk dengan kawan2 MODEL CINONET Umi .. Jom ikut Umi zass

*
*

First Time Delysha pakai CAP

Yang ni kawan2 dah pernah tengok kan?chak

Muka Tak MOOD ni hihi (^_*)


Umi beli topi2 comel Delysha ni dekat SUMMERGLITZ.COM.MY .. Perkhidmatan diorang sanggat TIP TOP dan memuaskan .. barang pun BERKUALITI .. Harga pun MURAH berbanding kedai2 on9 yang lain ..

Beli 3 helai dapat DISKAUN Rm 9 hihi

Warna ni Umi paling suke (^_^)



Setakat ni ..Umi beli TOPI yang comel2 dekat situ .. Baju umi belum TRY lagi .. kepada kawan2 yang nak cari TOPI baby yang CUTE MIUT n harga MURAH leh lah try terjah kat laman web atau FB diorang (^_^).


Sharing is Caring .. Chak!

Jumaat, 25 Oktober 2013

MAINAN DELYSHA

Mat pagi semua .. CHAK! Alhamdulilah hari nie kita berkesempatan bertemu lagi ..  Hari nie Umi nak cerita pasal .. MAINAN ..


MAINAN nie bertujuan untuk membantu meningkatkan perkembangan SI MANJA .. Bukan mengantikan PERANAN kita dalam mendidik anak-anak .. sambil anak2 BERMAIN kita juga perlu MENGAWASINYA dan bermain BERSAMA (^_^) ..


Pilih lah mainan yang bersesuaian bagi menjamin KESELAMATAN anak2 .. Tapi .. kadang kala kita mesti terlepas panjang .. sebabnya MAINAN nie semuanya CANTIK TERTARIK Kaulah DA BOMM (^_^) hihi.


Jadi untuk UMI pulak .. mainan yang sesuai untuk Usia DELYSHA ialah .. Blok Kayu yang LEMBUT .. Mainan yang BERGERAK dan BUKU .. Dengan syarat haruslah diawasi (^_^)... mengikut panduan diberi hihi.


Delysha Explore mainan baru ..
Aktiviti KETOK .. MENGETOK dijalankan
Ingatkan Bentuk Teddy Bear .. rupanya bentuk lain (~_~)


Delysha .. The THOR hihi
Perkhidmatan utk MENGETOK .. 
Boleh hubungi ditalian 014-44444444 tekan2 tak dapat hihi


Selalunya MAINAN budak2 nie memang MAHAL .. Kalau tak sampai RM 50 ke atas tak sah .. Jadi semalam .. Umi secara tak sengaja .. pergi ke kedai EKONOMI cikit .. kat sana terjumpa MAINAN berharga RM 2 ke atas .. 


Mainan MURAH pun bagus juga .. janji pandai pilih yang mana selamat di MAIN hihi .. pas ni bertambah2 laa mainan DELYSHA karang (^_^)  la la la.. Aipp .. ni mcm MAK die yang TERLEBIH suke hihi.


Sehingga bertemu lagi kawan2 ..Tata ..Titi ..Brumm Brumm

Khamis, 24 Oktober 2013

AGAR-AGAR BERWARNA


Mat pagi semua!! Mcm mana hari nie? CHAT tak kawan2 ..Harap kawan2 CERAH dan CERIA seperti FAIR & LOVELY ..  Bunyi mcm nak buat IKLAN je kan hihi.


Hari nie .. Umi nak SHARE dengan kawan2 cara buat AGAR-AGAR berwarna .. Umi sebenarnya tak tau nama sebenarnya AGAR2 ni .. mcm PUDING pun ade gak hihi .. AGAR2 ni merupakan PENCUCI MULUT yang digemari oleh Umi sekerluarga ..


Agar-agar yang dibuat time 
AQIQAH anak buah Umi .. Muhammad (^_^)



Jom ikut Umi zass

*
*

BAHAN-BAHANNYA

2 Bungkus Agar2 (25 gram)
Air 2 kali ganda dari Agar2
3 Biji Kuning Telur
1 Tin Susu Cair
3 Sudu Tepung Custard (Cairkan dgn air)
Asen Vanila
Gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA

Mula2 kawan2 rebus agar2 sehingga agar2 tu cair dan mendidih .. Masukkan GULA secukup rasa. Kemudian ambik SEDIKIT agar2 yang dah cair tu untuk diwarnakan .. bahagikan 3 warna .. Merah .. Kuning .. Hijau .. Lepas tu kawan2 bagi die sejuk ..barulah dipotong DADU.

Cute jugak agar2 di potong DADU ni hihi

3 Warna (^_^)


Agar yang masih dalam periuk tu tadi .. kawan2 masukkan susu cair ye(tinggalkan sedikit untuk pukul bersama kuning telur) .. Apabila dah mendidih .. kawan2 tapiskan adunan tersebut dan didihkan semula.


Kuning telur dipukul bersama susu cair secara MANJE ar(Jgn pukul kembang tau) .. lepas tu kawan2 masukkan ke dalam agar2 yang didihkan tu tadi .. Selepas tu .. kawan2 masukkan tepung custard yang dah dicairkan ..


Tutup api dan biarkan agar2 tu tadi sejuk .. bila dah sejuk sedikit ..kawan2 masukkan agar2 yang dipotong DADU dan dimasukkan ke dalam BEKAS yang kawan2 dah sediakan.





Senangkan? SELAMAT MENCUBA .. Ecehwah .. (^_^). 

Rabu, 23 Oktober 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Mat pagi semua!! CHAK! Harap kawan2 semua CHAT belaka .. Umi? CHAT aje dong .. cuma ada sedikit KESUNYIAN .. Nie haa semua orang gi KURSUS .. Umi je tinggal sorang2 .. Tapi kalau nak SENYUM2 .. KETAWA2 dengan LAPTOP .. Sure .. LINE CLEAR sebab tak de anasir anasir JAHAT datang MENGANGGU hihihi .. 


Jom ikut Umi zass .. 
DELYSHA dulu dan sekarang ..

*
*
*
Baru Lahir (^_^)


9 Bulan 5 Hari (^_^)


Haa mcm mana? Cerita disebalik GAMBAR hihi ..sehingga bertemu lagi kawan2 ..Tat ..Titi ..Tutu ..

Isnin, 21 Oktober 2013

RUMPAI LAUT GRED AA, AAA & AAA??


Mat petang semua!! Harap kawan2 semua CHAT dan CERIA selalu ..lama dah kita tak bersua hihi. Dah BERSAWANG dah BLOG Umi nie hihi ..


Hari ni Umi nak cerita pasal RUMPAI LAUT .. Tahun lepas .. sebelum Umi bersalin .. Umi selalu tengok IKLAN on9 Rumpai Laut .. Tapi Umi tak endahkan ..  Sehinggalah awal tahun nie tadi .. Abang Umi bagi kami sefamily try rasa ..


Jom ikut Umi zass

*
*
Testing Rumpai Laut (^_^)
Sedap jika diminum bersama AIR SIRAP 



Lepas tu Umi dah lupakan cerita RUMPAI LAUT nie tadi .. sehinggalah MAK Umi paking RUMPAI LAUT untuk Umi bawak balik lepas RAYA HAJI nie tadi .. Kebetulan Bapa Umi balik dari SABAH .. Mentang2 laa Umi ni pantang tengok PUDING@ AGAR2 .. Jadi mak Umi assume Umi akan suke makan benda nie laa hihi ..


Warna Kuning Cair 

Coklat seakan UNGGU

Warna HIJAU ..


Sebenarnya .. tak ada istilah GRED AA(PUTIH@KUNING) .. AAA(UNGGU/MERAH) .. dan AAAA(HIJAU) dari segi khasiatnya .. semua khasiatnya SAMA aje. Ianya di gredkan berdasarkan PROSES perubahan warna. 


PUTIH dari proses STIM .. UNGGU/MERAH dan HIJAU dari proses pengeringan .. warna akan bertukar secara SEMULAJADI .. Bukan diCELUP tau hihi .. Yang warna HIJAU tu pulak sebabnya benihnya sukar dicari (^_^).


Kenapa warna UNGGU/MERAH dan HIJAU berbau hanyir dan masin .. tak seperti warna PUTIH? Sebabnya ketika pengeringan .. kulit luar rumpai laut melekat sepenuhnya  .. tak seperti kaedah STIM .. Kalau distimkan kulit luar rumpai laut akan terkupas. Sebab tu warna putih tak berbau hanyir (^_^).


Umi nie BERCERITA mcm berpengalaman MEMPROSES rumpai laut pulak kan?Semua INFO yang Umi tahu nie .. Umi baca dari share PENGELUAR RUMPAI LAUT .. Kalau salah info nie .. salah lah Umi hihi ..


Harap dengan adanya INFO nie .. kawan2 akan mengetahui tentang kebaikan nya .. Nanti Umi citer pasal khasiatnya ye. Karang pening kawan2 baca karangan Umi ni nanti hihi. Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)

Rabu, 16 Oktober 2013

MUHAMMAD .. NAMA DIBERI


Mat malam semua .. Mcm mana persiapan HARI RAYA HAJI nie?Harap semuanya berjalan dengan lancar ... amin2. Semalam lupa nak WISH..sebabnya terlalu sibuk ke DAPUR hihi..


Hari nie Umi nak citer yang ADIK IPAR umi dah selamat bersalin hari JUMAAT yang lepas .. Alhamdulilah ..semuanya berjalan dengan lancar .. Tapi adik IPAR Umi masih kat WAD .. INSYAALLAH Esok adik ipar umi and baby akan KELUAR WAD (*_*) ..


Tanpa membuang masa .. Jum ikut Umi KENTUT .. eh silap .. tersasul la pulaq hihi ..

Comel tak saye .. chak!
Lahir pada 11.10.13 .. berat 3.61kg
Muhammad nama diberi (^-^)
hihi.. gambar diambik kat FB .. curi jap (*-*)


En.Abah .. Delysha .. Pak su and Muhammad



Comel kan? GEBU pulak tu .. Umi nie belum lagi dukong MUHAMMAD .. Timming Umi tak cun time melawat hihi .. Tak pe, nanti bile anak buah Umi dah balik rumah .. POSING berjam3 pun tak pe hihi ..


Haaaa DELYSHA dah terbangun TIDO dah nie .. baik Umi cepat2 pok amai2 .. karang keluar lagu ZIANA ZAIN .. tak pasal2 KONSERT tengah malam2 gini hihi ..

Sehingga bertemu lagi kawan2 .. Tata .. Titi .. Brumm brummm ..

Rabu, 9 Oktober 2013

TERIMBAU KEMBALI

Mat pagi semua .. Hari ni merupakan hari yang INDAH sekali .. Adik Ipar Umi BAKAL melahirkan BABY SULUNGNYA .. Terimbau kembali detik2 melahirkan DELYSHA (^_^) .. Moga proses BERSALIN Adik Ipar Umi dipermudahkan .. Amin..


Umi melahirkan DELYSHA bukan secara NORMAL .. Tapi secara INDUCED dan BEDAH .. Ramai yang cakap .. kalau bersalin secara BEDAH tak sakit .. Bagi yang dah merasa .. Pasti akan tahu apa yang Umi sedang rasa SEKARANG .. 


Dalam tempoh 8 bulan lebih nie .. LUKA tempat BEDAH tu masih terasa sampai ke hari ni .. Buat kerja BERAT sikit .. mulalah terasa NGILU dan BERDENYUT-DENYUT .. Tapi tak de siapa tahu melainkan ALLAH S.W.T dan jika kita mengadu ..


Jadi kepada sesiapa yang menidakkan kesakitan orang bersalin BEDAH .. Fikir-fikirkan PERASAAN orang tersebut .. kerana ANDA tidak berada didalam situasi tersebut .. 


BERSALIN adalah lumrah alam .. dan mana-mana jenis proses BERSALIN adalah SAMA sahaja .. pasti ada kesakitan .. dan tak ada istilah TAK SAKIT .. Renung-renungkan ..dan selamat beramal (^_^)


Walaupun kesakitan masih dialami ..
TAWA dan SENYUMANMU  sayang
Penawar hati MAMA ..




Selasa, 8 Oktober 2013

PLAY YARD DA SAMPAI .. YEAY!!


Mat pagi semua .. CERAH pulak cuaca pagi ni .. kalau hari SABTU MINGGU nie mesti seronok buat aktiviti bersama keluarga mahupun kawan2 ataupun dating.com.my hihi .. larikkkkk!!@#$%! Ishk2 ..


Seperti yang Umi janjikan ..Umi nak kasi tau yang PLAY YARD Delysha dah pun selamat sampai .. Alhamdulilah .. Seminggu lebih Umi tunggu .. Lambat cikit penghantaran sebab JAUH dong hihi. Ngak papa kok nya ..


Jom tengok REAKSI DELYSHA

*
*
*
Play yard yang telah siap dipasang oleh En. Abah

Free Gift dari Q Baby Garden


Seronoknya DELYSHA (^_^)


Haa terserlah KECERIAAN diwajah DELYSHA .. Bila anak GUMBIRA .. Mama n Ayahnya turut gembira sekali dengan gaya PARKINSON haha .. Gurau jer (^_^).. Kalau kawan2 nak beli PLAY YARD dengan harga yang BERPATUTAN .. Silalah clik2 di FB Q Baby Garden .. Nescaya anda akan mendapat layanan yang MEMUASKAN (^_^).


Sehingga berjumpa lagi kawan2 .. Tata ..Titi ..Brumm Brumm ..

Isnin, 7 Oktober 2013

BERITA TERKINI

Mat petang semua!! SEJUKNYA hari nie ..  hujung2 tahun nie .. musim TENGKUJUH .. Ditambah lagi dengan keadaan AIRCON diopis Umi yang tersangat sejuk .. Terasa mcm dlm citer WINTER SONATA le pulaq hihi ..


Kawan2 ada tak tgok berita semalam? Umi terkesima bila dapat tahu 2 orang mati dalam BONET KERETA .. dijumpai selepas 4 hari .. dipercayai MANGSA CULIK. Ditambah lagi berita pagi semalam .. remaja LELAKI diculik tetapi dapat diselamatkan ..


Bertalu-talu berita PENCULIKKAN berlaku baru-baru nie. Hrmm .. apa nak jadi DUNIA kita zaman sekarang .. Makin MENAKUTKAN .. Kecian dengan MANGSA dan AHLI KELUARGANYA ..


Diharap dengan adanya BERITA macam nie ..bersama2lah kita meningkatkan KESELAMATAN DIRI apabila berada diluar sana .. Ehemm mcm PESANAN PENAJA pulak.


Bersama-samalah kita berdoa agar kejadian seperti ini dapat dibanteras .. Amin. Sehingga bertemu lagi kawan2 .. Tata .. Titi .. Brumm Brumm ..

Khamis, 3 Oktober 2013

GAMBAR HARI INI

Mat pagi semua kawan2 .. CHAT tak? Umi harap kawan2 semua CHAT2 belaka .. 2 3 hari ni .. Umi menghilangkan diri sebab ada urusan cikit disamping jari jemari terketik- ketik cari laman yang jual dress SARA KIDS hihi ..

Tak lama lagi nak raya haji kan? Tu yang Umi SIBUK cari DRESS untuk Delysha hihi. Haa cerita pasal HARI RAYA ni .. Umi nak tunjuk gambar GELAGAT Delysha dan kazennya .. Danial .. Jom ikut Umi zass 

*
*
*

Delysha : Danial .. Jom main masak2 ..
Danial : Tak mau .. tak mau ..

Delysha : Danial ..
 Danial pakai akak Delysha punye topi laa

Danial : Ye ke kak? 
Yang akak tu? larikk!!!!

Delysha : Hensem tak Delysha aunty?


Hihiu .. Gambar sekadar gurauan .. Sehingga bertemu lagi kawan2 ..Tata .. Titi Brumm Brumm ..