Selasa, 19 Julai 2011

WAWAWAWA BORINGNYA

Hai semua ... ummm hujan lebat giler la kat Luar tu ... sampaikan aku pun BERSIN giler kat OPIS ni. Nasib tak GEMPA Bumi ... Haaa kat luar hujan .. kat dalam ni pun hujan ... berterbangan TITISAN hingus aku di awang- awang .. SAPE yang lalu .. die la kene HUJAN hahahahahahhaha ... eeeeeeeeeee PENGOTOR .. Hihihi .. nak buat mcm ne, dah die nak terbang kan, aku biooo je la ye. Kang aku pakai MASK orang cakap aku DOKTER kang. Ye la .. aku kan da ciri2 mcm DOKTER .. Uwekkk gerenti korang rase nak MUNTAH ... Cian korang ... tak pe2, meh aku RAWAT korang ye.http://www.emocutez.com


Ummm aku ni boring sebenarnye .. saje nak kacau para2 PEMBACA blog aku .. meh hilangkan STREZZ dengan membaca Blog aku ye. Jadi Topik aku hari ini ialah ..................................................................... ummm CARA MENANGANI STRESS.  Cey mcm la korang tak tahu cara nak hilang kan stress. Tapi ade jugak orang tak tahu ... aku pun tak tahu siape yang tak tahu tu .. tak pe2 .. meh aku cite cikit ye.http://www.emocutez.com Aku dapat Tips ni dari blog2 yang aku baca dan aku ingin kongsikan bersama korang ...


1. Senyum ... Kalau kita senyum, lama kelamaan hati kita pun sejuk. Walaupun hati kita sakit .. tapi kalau kita senyum secara tidak lansung ianya menimbulkan rasa senang hati. Nanti orang pun cakap .. kite AWET MUDE .. BERSERI ke ... MEGANCAM ke ... Tapi kalau diorang cakap korang KERE BUSUK .. korang leh la buat ape yang korang suke kat die ye.

2. Menangis sampai tekanan tu reda .. Haaa ni aku selalu buat. Walaupun orang cakap menangis bukan jalan penyelesaian, sekurang- kurangnya, dapat mengubat hati kita sedikitkan? Jangan sampai Nangis Berdarah ar http://www.emocutez.com .. Tapi kalau yang LELAKI nak turut serta menangis, boleh juga .. apa salahnya. Hihihihi


3. Yakin pada diri .. Yakin .. tak da masalah dalam dunia tidak dapat diselesaikan. Walaupun kita tahu ianya susah atau tak mungkin .. Kita tidak tahu apa Rencana Tuhan Pencipta kita.

4. Sayangi diri dan jangan cuba merendahkan diri kita dengan orang lain yang lebih hebat... Setiap orang ada KEISTIMEWAAN tersendiri kan? Pasti ada tuuuuu.

5. Makan makanan yang sedap, seimbang dan berkhasiat sepanjang hari ... Makanan juga mempegaruhi stress .. kandungan makanan akan membuat badan kita sihat, segar jika makanan yang di ambil secara seimbang .. kalau makan CILI PADI BANYAK2 kan stress sebab PEDAS ... Kalau makan COKLAT banyak2 kan stress .. nanti cakap GEMUK la.. Jerawat la .. jadi makanlah makanan yang seimbang agar tidak mudah stress. Hahahahahahhahaha. Tapi Coklat tak mengemukkan .. tapi kalau makan BANYAK sangat .. korang pun tau ape jawapannya.

6. Berdoa kepada TUHAN supaya stess dikurangkan dan masalah dapat diselesaikan dengan cepat .. Insyaallah, percayalah ... Tuhan juga tidak ingin melihat HAMBANYA susah. http://www.emocutez.com Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”. Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

7. Berwuduk dan membaca Al-quran ... Bagi yang MUSLIM .. Ini cara yang Afdal sekali ...

8. Berzikir dan beribadah dengan khusyuk. Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28)

Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”

Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

9. Hidup Yang Seimbang ....Jangan makan yang seimbang je ye .. Senaman pun perlu juga .. agar segalanya SEIMBANG ... Kalau nak seimbang lagi, bagi yang MUda Mudi yang belum kahwin tu ... kalau da rezeki .. Naiklah ke Jinjang Pelamin .. nanti Zahir dan Batin Bertambah2 SEIMBANG hihihihihihi .. Gatai. Haaa bagi yang Gila KERJA pulak .. Inilah jawapannya ....

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.

Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.

Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari). Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.

10. Senaman atau Rekreasi Meredakan Tekanan. Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani). Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.

Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.


11. Ajak seseorang BERBUAL .. BERSEMBANG .. Jangan Bergosip ar .. hehe..... http://www.emocutez.com


12. Dengar Musik .. apa2 MUSIK yang korang suka yang boleh mengembirakan HATI ye ...


13. Mandi air panas sambil muhasabah diri.


14. Basuh baju dan kemas bilik anda. Ataupun susun barang2 agar tidak bersepah dan tersusun agar tidak memberi stress kepada korang  ketika korang mencari barang ye.


Haaaa dah dapat Input ayang aku berikan? Harap korang dapat mengaplikasikan ia dalam KEHIDUPAN korang .. tak dapat semua .. tak pe, buat yang setakat mampu dah kira bagus ... Sekurang-kurangnya dapat kurangkan Stress anda hihi ...


Ummm setakat ini aja ye hari ini .. esok2 kita jumpa lagi. Terima kasih kerana sudi mendengar CELOTEH aku pada hari ni ... Tepuk2 sayang .. umah2 ... Tata .. Titi .. Brummm Brummm http://www.emocutez.com


0 comments: