Selasa, 26 Julai 2011

BATU MULIA? APA TUUU?




Hai semua .. Sihat tak? Dah makan? Aiiii banyak tanya pulak .. Hrmmm sambung2 ... sedang2 aku melihat jari manis aku ... Aku terfikir akan sesuatu ... Apa kata aku bercerita sikit tentang BATU MULIA ... Korang tau ape tu BATU MULIA? Haaaa meh aku cerita sikit ye ...http://www.emocutez.com

*
*
*


Idamanku ... Batu Sapphire dililiti oleh BERLIAN ... Waaa bukan2 aku ni. Angan2 je tau ...Impian Cincin Perkahwinanku ...  Aku bukan mata DUITAN Arrrrr ...http://www.emocutez.com  






Batu mulia ni terdiri daripada .. Batu Zamrud ... Batu Saffir (Aku nak Nie)  .. Batu Ruby .. Batu BERLIAN (Aku nak NIE gak)  dan banyak lagi. KENAPA batu ni MULIA??? Ianya MULIA disebabkan oleh ... selain rupa yang MEMUKAU .. MEMIKAT .. Ianya digunakan dalam perhiasan dan dipercayai boleh mengubati PENYAKIT. Tapi ... Ianya mestilah mengikut jenis2 batu yang Korang gunakan ...



Aku petik kata2 ni dari orang kelulusan Jurusan Geologi University Science Malaysia ini kepada "PR", di Perlis Malaysia, "Tubuh manusia memiliki satu medan magnet. Bila medan magnet di tubuh tidak seimbang, timbul masalah seperti penurunan sistem kekebalan tubuh. Akibatnya, yang bersangkutan akan terkena berbagai penyakit," Haaa itulah katanya ...



Haaa ni pulak aku ambik dari karya Dr. Hisham Hashim yang berjudol Bartu permata dan Nilai Perubatannya ... kalau korang ambik dari Karya AKU. Aku pasti aku bagi AJARAN SESAT kat korang ... Hahahaha ... Haaa ni la ... Aku PERSEMBAHKAN ... Jenis-jenis batu dan penggunaannya dalam perubatan.






Kurang darah (anemia) = marjan
Asma = ambar,cat eye, malacnite
Masalah limpa = jade, jasper, blood stone, akik
Pendarahan = haematite, rock crystal, nilam
Masalah darah = kecubung, fairuz
Bronchitis = pyrite, kecubung jarum
Kanser = smokey quartz
Buta warna = kecubung
Tekanan = garnet, lapis lazuli, smokey quartz
Sakit kepala = lapis lazuli, quartz
Sukar tidur (insomnia) = kecubung,akik
Malaria = ambar
Resdung = pyrite
Kekejangan = haematite
Ulcer = onyx
Luka = carnelian
Haaa ni pulak sedikit INFO pasal Batu ye ... Bukan batu kat JALAN RAYA tu aaaaaaaaaaaa ... Gilerr ..



1. Zamrud:
Kandungan kimia Zamrud yang berwarna hijau ini adalah silica, alumunium, soda, dan magnesium. Oleh kerana warnanya yang menarik zamrud banyak disukai untuk digunakan sebagai perhiasan.


Menurut Rowland, seorang doktor yang di abad ke-17, zamrud sangat baik untuk mengatasi penyakit hati (liver) dan masalah di bahagian kepala. Orang yang pelupa sangat bagus untuk mengunakannya. Zamrud juga dipercayai mampu mengatasi kencing manis atau penawar sengatan atau gigitan binatang berbisa. 

Zamrud (Be 3 Al 2 SiO 6) adalah batu permata atau batu mulia yang berwarna hijau sampai hijau tua. Zamrud termasuk mineral silikat beril (mengandung beryllium) dan warna hijaunya disebabkan oleh kromium. Hal ini disebabkan oleh vanadium dan besi yang bergabung dengan kromium akan menyebabkan warna hijau tersebut. Kekerasan zamrud termasuk tinggi (7,5 dalam skala Mohr).
Variasi warna : hijau segar, hijau - kekuningan, hijau - kebirua.
Index bias : 2,67 - 2,78.
Formula kimia : Be 3 Al 2 SiO 6.
Sistem kristal : Heksagonal.
Penghasil  zamrud berkualiti tinggi adalah dari NEGARA Kolombia, Siberia, Afrika Selatan, Zimbabwe, Australia dan Brazil.

Banyak batu-permata berwarna hijau, tetapi hijau zamrud-lah yang dianggap paling mempesona. Nak  tau harganya? Zamrud yang sempurna dan berukuran besar dinilai di atas US$ 10,000.00 per karatnya! YAY Murahnya!!!!!! huh.

Sebagai batu-permata, Zamrud paling anggun dan ideal dalam bentuk potongan persegi-empat atau potongan-Zamrud (emera-cut),.


Aura batu : Mencipta suasana Tenang, Aman dan Segar 


menjaga kesegaran jasmani dan rohani.


2. Pirus ("turquoise") :
Pirus sebenarnya bukan 100% batu, namun merupakan campuran tanah, kapur, dan batu. Kandungan kimia pirus terdiri dari alumunium silicate dan hydrated phosphate.

Pirus bermanfaat untuk mengatasi penyakit paru-paru, syaraf, dan mata. Pirus pun mampu menguatkan jantung, memperbaiki peredaran darah, keracunan dalam darah, dan memulihkan tenaga. 


3. Batu akik (Pelik BENO name) :
Batu akik sering dikenakan sebagai perhiasan oleh kaum lelaki. Batu akik inilah yang dipercayai mengandungi "penghuni ghaib". (Eeee takuknyerrr). Lebih dari 1.600 tahun lalu tentera Roman menghancurkan batu akik sampai hancur, lalu dicampur dengan air dan direbus, (Eeeee sedap ke?) digunakan untuk mengubati penyakit ginjal dan limpa. Malah, ahli perubatan dari Arab menggunakan serbuk batu akik untuk menghentikan perdarahan dan luka dalam. Bagi yang mengenakannya, batu akik dapat memberikan ketenangan dan mengatasi masalah sukar tidur. 


4. Berlian (Nie ramai yang suke) :
Berlian dipercaya sebagai MASTER dari segala penyembuhan penyakit. Ia memiliki kekuatan untuk penyucian dan keseimbangan cleansing and balancing) badan. Batu permata ini digunakan untuk menguatkan semua organ di dalam badan, terutama hempedu dan ginjal. Berlian juga baik untuk kesihatan usus kecil dan kekuatan tulang Ada juga orang yang percaya berlian dapat digunakan untuk detoksifikasi atau pengeluaran racun dari tubuh. 

Namun perlu diingat, berlian itu mestilah yang belum diproses .. daripada berlian  yang sudah diproses menjadi perhiasan yang indah. Hal ini disebabkan oleh pemotongan berlian,  sedikit banyak memisahkan atom-atomnya dan memengaruhi getaran yang sudah ada. 


5. Mutiara :
Pada abad ke-17 ahli perubatan menggunakan serbuk mutiara yang dicampur dengan air minum sebagai penyembuh penyakit jantung dan keracunan makanan. "Numerologis dan gemologis Dr. R.I. Dhuraimurugar menyebutkan bahawa serbuk mutiara amat baik untuk mengatasi sakit mata, saluran jantung, TBC, demam, insomnia, dan asma," kata Hashim. 

Kini, serbuk mutiara juga digunakan untuk campuran kosmetik. Mutiara bermanfaat untuk menjadikan kulit halus. 


6. Batu Safir
Batu Safir berdasarkan struktur mineralnya adalah bentuk kristal tunggal aluminium oksida, suatu mineral yang dikenal sebagai korundum. Apabila kelompok korundum bergabung dengan unsur lain seperti besi, titanium, dan kromium ianya akan memberikan warna biru, kuning, merah muda, ungu, jingga, atau kehijauan
Variasi warna : Biru, ungu, kuning, jingga, hijau dan merah muda.
Index Bias : 1,766 - 1,774.
Kadar Keras : 9.
Berat Jenis : 3,47 - 3,55.
Formula Kimia : Al2O3.

Penghasil dari NEGARA .. Srilangka, Thailand, Myanmar, Amerika Syarikat, Australia. 
Aura Batu : 
- Mengembangkan Daya fikiran, 
- memberikan inspirasi, 
- optimis dalam diri. 

- Mententeramkan jiwa.


Haaa dah dapat INFO yang aku berikan? Tapi walau bagaimana pun ... kita perlu tahu, INSYAALLAH batu permata ni akan membantu .. jangan pulak KORANG BERPUSU-PUSU beli batu pas ni arrrrr .. Korang agak2 la ye hihi. Yang pastinya ... Dari Allah S.W.T dan DariNYA kita kembali. Renung2 kan ... Dan selamat BERAMAL hihi ..
Tata ... Titi ... Brummmmmmm Brummmmmmm http://www.emocutez.com



Korang Rasa?

0 comments: