Ahad, 4 Disember 2011

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS

Mat pagi semuahttp://www.emocutez.com .. Kat tempat aku hari ni CERAH .. Semalam dari PAGI sampai MALAM hujan jer .. Hah berbalik kepada tajuk kat atas tu PENYAKIT LEPTOSPIROSIS .. Aku agak mesti ramai dah tahu tentang penyakit ni kan?  


Entri ni diminta oleh seoranghttp://www.emocutez.com Cik Puan MANIS yang bernama HANIE .. Lama dah HANIE mintak ..Cuma aku ni ha ..NYAYUK sikit .. Lupa sudah .. nasib baik HANIE tanya balik .. AMPUN TUANKU .. Ngeh2.


Aku buat seringkas yang boleh ye ..http://www.emocutez.com kang panjang2 ..ada pulak yang TIDO hahahaha ..

*
*
*
Walaupun COMEL ..Tapi membawa Penyakit

Bakteria Leptospirosis


PENYAKIT LEPTOSPIROSIS atau KENCING TIKUS adalah disebabkan oleh Bakteria Gram Negatif dari Genus Leptospira. Genus mempunyai 18 spesies. Penyakit ini tergolong dalam kelas ZOONOSIS yang menjejaskan kesihatan MANUSIA dan HAIWAN didunia.


Sebenarnya Penyakit Lepto ni bukanlah Penyakit MISTERI .. penyakit ni dah lama bertapak di MALAYSIA sejak tahun 1925. Cuma sejak kejadian pada tahun 2010 di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran barulah digempar kan ..


Sebenarnya bukan Tikus aje yang bawak BAKTERIA ni .. Haiwan mcm Anjing .. Kucing ..  Lembu .. Khinzir pun boleh menjadi pembawa. Mcm mana? Dengan cara minuman dan makanan yang telah dimakan dicemari dengan bakteria ini.


Kita mengambil contoh seperti ANJING .. Meminum kelopak air yang telah dicemari oleh kencing tikus yang ada bakteria .. Kalau korang perasan la, TIKUS bukan je ada kat umah .. kat LONGKANG pun ade .. kadang2 melintas jalan pun ade hihi .. 


Yang tu HAIWAN .. Kalau manusia pulak .. ianya juga boleh dijangkiti MANUSIA secara lansung dan tak langsung. Melalui Minuman dan Makanan yang tercemar .. Melalui LUKA .. KULIT yang melecet .. Melalui membran bermukus seperti MATA .. HIDUNG .. Melalui Air dan Tanah pun boleh juga.


Golongan yang berisiko mendapat penyakit ni adalah golongan yang mempunyai hubung kait dengan HAIWAN. Sebagai contoh Pekerja veterina, Pekerja ladang haiwan .. Pekerja di rumah penyembelihan .. Pekebun/Peladang ..  Golongan yang suka sukan air dan berekreasi pun boleh dapat juga .. Pergi ke tempat yang tak pernah diterokai pun boleh dapat juga.


Tanda dan Gejala seseorang yang mendapat penyakit nie adalah .. Demam Panas, Sakit Otot, Sakit Kepala, Muntah, Cirit Birit, Mata Merah .. Ruam, Demam kuning dan sakit mata akan muncul selepas tanda gejala kat atas tu muncul. Sebab tu kadang2 orang anggap penyakit biasa .. sebab tanda dan gejala nya biasa je .. Tapi kalau tak dirawat akan menyebabkan kegagalan GINJAL, MENINGITIS, pendarahan di PEPARU.


Seseorang akan disahkan menghidap penyakit LEPTO melalui UJIAN DARAH yang dibuat selepas disyaki mengalami tanda dan gejala selama 1-2 minggu.  Bakteria boleh didapati melalui air tulang belakang dan air kencing.


Penyakit LEPTO dirawat melalui dengan antibiotik DOXYCYCLINE atau PENICILIN. Rawatan antibiotik adalah RAWATAN yang EFEKTIF jika dilakukan dengan awal.


Sebenarnya penyakit ni boleh dielakkan kalau kita mengamalkan CARA HIDUP CIHAT.


  1. Tutup luka atau kulit melecet sebelum buat pekerjaan seperti BERKEBUN/LADANG atau tempat yang berpontensi terdedah.
  2. Pakai pakaian yang lengkap seperti  Sarung tangan, Penutup Mata, Apron atau Overall dan But ketika bekerja di tempat berpotensi.
  3. Pastikan anda tidak MAKAN atau MEROKOK semasa berkerja di KEBUN/LADANG.
  4. Bersihkan diri selepas membuat kerja2 Berkebun dan berladang.
  5. Kawal kehadiran TIKUS ditempat anda dengan cara meletakkan PERANGKAP TIKUS atau UBAT TIKUS. Bersihkan Sampah sarap dan Sisa-sisa yang boleh mengundang kehadiran Tikus.
  6. Jika anda ada membuat TAKUNGAN AIR .. Tutup permukaan Takungan tersebut.
  7. Sebelum membuka Makanan dan Minuman dalam Tin .. Pastikan anda MEMBASUH atau BILAS. Sebab kita tak tau samaada kawasan permukaannya dicemari dengan bakteria.
  8. Pastikan HAIWAN kesayangan anda memdapat VAKSIN bagi mengelakkan HAIWAN anda dijangkiti bakteria.
*
*

Wahhhhhhhhh panjanghttp://www.emocutez.com jugak walaupun aku TRY buat seringkasnya hihi .. Harap dengan adanya INFO ni .. kita dapat mengelakan diri .. keluarga .. mahupun orang yang tersayang dari dijangkiti dengan PENYAKIT LEPTOSPIROSIS ni. Walaupun tanda dan gejalanya BIASA .. Tapi AWAS ianya boleh mendatangkan MAUT.

Sehingga bertemu lagi kawan2 ..Tata ... Titi .. Brumm Brummhttp://www.emocutez.com

14 comments:

AmirFX berkata... Reply To This Comment

Kadang2 ada juak tikus ngerayap lam bilit... Geram nangga...

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Amir: Hihi nakal tikus ya .. mintak kenak tangkap ya hihi ..

Domu-kon berkata... Reply To This Comment

ad kawan punya kawan meninggal sebabkan penyakit nie..sampai skrg jmpa tikus ase nak bunuh jer..dasatt kan..

Unknown berkata... Reply To This Comment

wa..Umi mcm doktor la

♥ Nana BamBam ♥ berkata... Reply To This Comment

err..bahayanya...lepas nie kene hati2 kalau nak minum minuman/makanan dalam tin

eva berkata... Reply To This Comment

uwaaa.. bahaya juak penyakit ya.. agik2 nok inang haiwan perlu jaga kesihatan n kebersihan lebih lagi nak ow.. huhuhu

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Bang khairul: Hihi mane de mcm doc abang oiii hihi .. kene tau sebab kerja bidang ni

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Nana: Betul tu nana .. lebih baik kita bilas atau basuh sebab kita tak tau ..time makanan tin dlm stor kedai .. tikus merayap di tempat tu ..

Tanpa Nama berkata... Reply To This Comment

tikus ni dah la kotor bawak penyakit maut plak. aku penah dgr ada orang meninggal pas minum air dalam cawan yang ada air kencing tikus yang dah kering..2 jam pastu meniggal terus.

menakutkan. nak pakai pa pe barang kar dapur tu pun kene la basuh dulu. lipas cicak merayap kita tak nampak.

dhiera zainudin berkata... Reply To This Comment

nice info umi. thanx ya!

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Hanie: Betul tu hanie ..kene basuh dulu ..malam2 kite tak nampak diorang ni merayap tau .. hrmmm kencing tikus merbahaya ..


tu la kalau nak pelihara hamster .. kena cuci tangan bersih2 sebelum makan dan minum ... lebih baik pakai sarung tangan juga :)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Dhiera: Sama2 dhiera :)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Dhiera: Sama2 dhiera :)

Zie Madini berkata... Reply To This Comment

alu teringat mek dgn malaysia heboh dgn kes kencing tikus kat aek tebu ya ek. tauk x ktk? hehe

mek pey nektok alu x minum aek tebu gik. ya rupa nyaman aek tebu...hahaha