Isnin, 21 Oktober 2013

RUMPAI LAUT GRED AA, AAA & AAA??


Mat petang semua!! Harap kawan2 semua CHAT dan CERIA selalu ..lama dah kita tak bersua hihi. Dah BERSAWANG dah BLOG Umi nie hihi ..


Hari ni Umi nak cerita pasal RUMPAI LAUT .. Tahun lepas .. sebelum Umi bersalin .. Umi selalu tengok IKLAN on9 Rumpai Laut .. Tapi Umi tak endahkan ..  Sehinggalah awal tahun nie tadi .. Abang Umi bagi kami sefamily try rasa ..


Jom ikut Umi zass

*
*
Testing Rumpai Laut (^_^)
Sedap jika diminum bersama AIR SIRAP 



Lepas tu Umi dah lupakan cerita RUMPAI LAUT nie tadi .. sehinggalah MAK Umi paking RUMPAI LAUT untuk Umi bawak balik lepas RAYA HAJI nie tadi .. Kebetulan Bapa Umi balik dari SABAH .. Mentang2 laa Umi ni pantang tengok PUDING@ AGAR2 .. Jadi mak Umi assume Umi akan suke makan benda nie laa hihi ..


Warna Kuning Cair 

Coklat seakan UNGGU

Warna HIJAU ..


Sebenarnya .. tak ada istilah GRED AA(PUTIH@KUNING) .. AAA(UNGGU/MERAH) .. dan AAAA(HIJAU) dari segi khasiatnya .. semua khasiatnya SAMA aje. Ianya di gredkan berdasarkan PROSES perubahan warna. 


PUTIH dari proses STIM .. UNGGU/MERAH dan HIJAU dari proses pengeringan .. warna akan bertukar secara SEMULAJADI .. Bukan diCELUP tau hihi .. Yang warna HIJAU tu pulak sebabnya benihnya sukar dicari (^_^).


Kenapa warna UNGGU/MERAH dan HIJAU berbau hanyir dan masin .. tak seperti warna PUTIH? Sebabnya ketika pengeringan .. kulit luar rumpai laut melekat sepenuhnya  .. tak seperti kaedah STIM .. Kalau distimkan kulit luar rumpai laut akan terkupas. Sebab tu warna putih tak berbau hanyir (^_^).


Umi nie BERCERITA mcm berpengalaman MEMPROSES rumpai laut pulak kan?Semua INFO yang Umi tahu nie .. Umi baca dari share PENGELUAR RUMPAI LAUT .. Kalau salah info nie .. salah lah Umi hihi ..


Harap dengan adanya INFO nie .. kawan2 akan mengetahui tentang kebaikan nya .. Nanti Umi citer pasal khasiatnya ye. Karang pening kawan2 baca karangan Umi ni nanti hihi. Renung-renungkan dan selamat beramal (^_^)

7 comments:

Cik Itah berkata... Reply To This Comment

rumpai laut ni bagus untuk kesihatan ..:)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

@Cik Itah@RRPHihi ..betul tu dear .. marilah kita sama2 mengamalnya (^_^)

Mizz Aiza berkata... Reply To This Comment

rumpai laut baik untuk kesihatan.. sebenarnya ia tiada kalogen.. suka juga buat sendiri agar-agar tu..

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)Hihi ..umi pun tak tau yang rumpai laut ni tak ada kolegen .. thank u dear sebab sharing (^_^)

Lieya Von Jay berkata... Reply To This Comment

wow macam best ja kan. ramai yg makan benda ni teringin gak la tapi xpernah cuba lagii. kalo seaweed yang buat sushi tu selalu la hehe

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

@Lieya Von JayNanti dear try la makan ..cube .. yang buat untuk sushi tu pun sedap gak ..nyamiee

Unknown berkata... Reply To This Comment

oo..hanyir jugak bau dia ye kak,tak pernah try kolagen rumpai laut ni,heee