Jumaat, 20 September 2013

RESIPI PAPLOVA

Mat petang semua .. macam maan kawan2 hari ni? CHAT tak? Semalam Umi menghilangkan diri hihihi .. Semalam Umi ada KURSUS .. Jadi tak sempat nak Ci ci terrr kat sini (^_^). Hari nie .. seperti yang Umi janjikan .. ni dia resipi PAPLOVA ..

*
*
BAHAN-BAHANNYA

4 biji telur (Ambil putihnya saje)
Gula Kastor (Ikut citarasa .. janji bagi banyak sangat ye )
Asen Vanilla (Ikut citarasa)
1 Sudu tepung Jagung
Cuka masakan (Sedikit saje)
Whipping Cream
Buah-buahan (Ikut citarasa)
Kertas Minyak

CARA-CARANYA

kawan2 putar putih telur .. gula kastor dan asen vanilla .. sehingga putih telur tu jadi meringue .. maringue tu maksudnya .. bila kawan2 terbalikkan .. adunan yang diputar tu tak jatuh .. gitu le citerr nye ye.


Mcm nie la rupa meringue


Sambil putar memutar tu .. kalau nak menyumbangkan sebuah lagu didapur pun sempat lagi dong. Piching lagi pun tak pe .. hahaha. Lepas dah jadi meringue .. kawan2 letak la 1 sudu tepung jagung dan sedikit cuka dalam adunan tadi ye. Gaul dengan cermat (^_^).


Sebelum masukkan adunan ke dalam OVEN.. panaskan oven dengan suhu 160 celsius .. dan bila masukkan adunan dalam oven .. kawan2 turunkan sedikit suhu tu. Kalau Umi bakar sehingga 1 jam .. ikut mcm mana keadaan OVEN kawan2 ..

Sepatutnya sebelum letak adunan ..
Alas dengan kertas minyak supaya adunan senang dikeluarkan 



Haa lepas bakar .. kawan2 letak whipping cream dan buah2 mengikut kreativiti masing2 ..ecehwah (^_^).Mcm mana? senang tak? buat sendiri lebih best sebab dapat makan banyak2 .. yayyyy ...

Kawan2 boleh guna Whipping cream yang sudah siap dibuat

Sedia untuk dimakan ..yay


Sehingga bertemu lagi kawan2 .. Selamat hari jumaat semua .. chak!!


Korang Rasa?

7 comments:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata... Reply To This Comment

terima kasih di atas perkongsian.. senangnya resipi dia.. boleh la mencuba lepas ni..

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Mizz Aiza: Trm kash dear .. senang jepaplova ni ..umi pun dulu ingat susah huhu..

selamat mencuba dear ..chak!

Lieya Von Jay berkata... Reply To This Comment

umi.. rajin nyaaaaa.. nak cikit .. ^_^

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata... Reply To This Comment

Lieya: Hihi kalau kita berjiran mesti umi bagi (^_^)

Cik Itah@RRP berkata... Reply To This Comment

wuuarrgghh sedapnnya...akak buatkan untuk sy bole? hihihi

Domu-kon berkata... Reply To This Comment

terliur tengok meriahnya buah-buahan atas kek tu.. terus misz domu beli buah kat AEON.. hehehe

nanakimie berkata... Reply To This Comment

nana dulu kan kak,punya teringin nak makan pavlova,sanggup google cari orang yang jual pavlova area tempat blaja nana,,bila da beli dan rasa,adeh manisnya,xkena dengan tekak,hehe...pulak tu macam ada bau durian,tambah loya tekak,kiki,