Sabtu, 26 April 2014

MACORONI CHEESE BAKE

Mat pagi semua!! Lamanya kita tak bersua kan .. Harap kawan2 semua CHAT2 belaka ..Umi chat je ..cuma ada BZ cikit dengan kerja .. Blog Umi ni pun SUNYI dan SEPI hihi mcm tuannya juga .. 

Hari ni Umi OT setengah hari ..tak mcm dulu2 sampai jam 5 petang .. Jadi .. time petang2 lepas Umi OT ..Umi habiskan masa dengan mencuba RESIPI hihi ..

Jom ikut Umi zass ..



MACORONI CHEESE BAKE

BAHAN A

1 setengah paket Macoroni@pasta@Angel hair
300 gm daging cincang@Sosej
1 Ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 Labu bawang besar (dipotong dadu)
1 Tin Tomato puri
1 Tin Cendawan butang dihiris 
1 Biji cili benggala (Dipotong dadu)
1 Kiub ayam
1 Batang carrot dan Celery
1 Sudu teh herba oregano
Garam dan gula secukup rasa
Cheedar Cheese diparut (Secukup rasa)

BAHAN B (Sos Putih)

Sedikit Butter.
Sedikit Tepung gandum dicairkan.
Minyak sayur@minyak zaitun
Sedikit susu segar

CARA MEMBUAT

Mula2 kawan2 didihkan air n letak Garam sehingga air tu rasanya mcm LAUT(Hihi). Pas dah memdidih ..masukkan macoroni@pasta. .. dah lembu .. Kawan2 tutupkan api dan toskan macoroni@pasta. Kalau tak tutupkan api .. ..Ado TERBAKOR rumah ..

Kemudian kawan2 buat sos putih. Sos ni kawan2 buat ikut kuantiti macoroni@pasta@angel hair yang kawan2 rebus tadi laa .. agak2 mcm tu. Panaskan kuali ..letak sedikit butter dan sedikit minyak .. tuangkan susu segar ..daah nampak mendidih ..kawan2 letak tepung gandum ye .. kacau sampai pekat gitu (^_^).

Seterusnya .. panaskan minyak .. masukkan bahan2 seperti bawang dan cili .. goreng bagi layu ye ..bukan garing ..lepas tu masukkan daging cicang .. dah nampak mcm garing .. masukkan pula sayuran .. last sekali masukkan tomato puri .. tuang air sikit kalau nampak kering ye. Dah mendidih ..tutupkan api.

Kawan2 sediakan bekas yang boleh dibakar .. kawan2 masukkan mocoroni@pasta@angel hair yang telah lembut .. lapiskan dengan bahan berlauk tadi .. last sekali lapiskan diatas dengan sos putih .. buat sampai habis.

Last sekali kawan2 parutkan cheedar cheese diatasnya. Nak lebih UMHHH .. Kawan2 letakkan cheese sebanyak mana yang kawan2 suke .. Bakar dlm oven bersuhu 190(Ikut oven anda) selama 30 atau sehingga keju cair. 

Selamat mencuba ..

P/S ..Mcm blog resipi la pulak hihi.


Korang Rasa?

7 comments:

Lieya Von Jay berkata... Reply To This Comment

wow... sedap nya umi.. ^_^ itu lah lama sgt xnmpak umi

aIEn berkata... Reply To This Comment

ermmm mcm sedap je...mcm kene cube je ni =)

Salam singgah & Salam perkenalan =)

Cik Itah@RRP berkata... Reply To This Comment

salam. nak try la nanti ni

http://menara-kehidupan.blogspot.com/ berkata... Reply To This Comment

hai lama tak bersua....

Coffee Girl berkata... Reply To This Comment

Hi umi!! lama tak singgah menyinggah kat sini. :-)

Cik Itah@RRP berkata... Reply To This Comment

salam akak :)
salam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe

salam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^

sumysya berkata... Reply To This Comment

jemput jenguk http://sumysya.blogspot.com