COKLAT TRUFFLE IN DA HOUSE
Mat petang semua ..hari nie ..Umi nak SHARE kan dengan kawan RESIPI yang SUPER SENANG .. Yippiee .. Jom ikut Umi zass
*
*
*
Umi lupe nak ambik gambar
Yang dalam CUP tu Oreo Truffle
BAHAN-BAHANNYA
1 Paket Oreo@Cream O
250 gram Cream Chese
Coklat Masakan (1 Bar pun cukup)
Serbuk Koko@Badam
CARA MEMBUATNYA
Mula-mula kawan2 Oreo@Blend Cream O sampai hancur .. kawan2 boleh guna cara manual juga ..iaitu ketuk@pukul oreo tu bagaikan kawan2 sedang berboxing hek3 ..
Pas dah hancur Oreo tu ..kawan2 campurkan bersama Cream Chese sehingga rata .. Lepas tu kawan2 bolehlah buat bentuk Bulat .. ataupun apa2 bentuk yang kawan2 SUKE ye .. tak ape KALAU TAK comel .. Masuk perut gerenti HANCUSSSSSS ...
Setelah selesai .. kawan2 .. salutkan bola2 comel tu dengan Coklat Masakan yang telah dicairkan (double boiler) .. seterusnya kawan2 boleh lah hiaskan coklat tersebut dengan serbuk KOKO ataupun BADAM.
Bila siap semuanya ..kawan2 masukkan dalam Peti sejuk berapa lama yang kawan2 MAHU .. dan TADAAAAAAAAA .. Ciap dimakan ..
Senang kan? SELAMAT MENCUBA (^_^)